Darul Rahmah

dr-originalPengenalan

PUSAT DARUL RAHMAH sedang dalam pembinaan diatas sebidang tanah seluas 8500 kaki persegi yang terletak di Sungai Merab, Bandar Baru Bangi. Kawasan yang dibangunkan adalah bangunan 2 tingkat seluas 4500 kaki persegi.

Fasa 1 iaitu Bangunan satu (1) tingkat dengan kapasiti 313 saf solat untuk Jemaah lelaki dan wanita pada satu-satu masa dijangka siap menjelang 31 Oktober 2016. Ini akan dilengkapi dengan dapur, bilik Imam, tandas, tempat wudhu dan bilik stor.

Pembinaan Fasa 2 pula akan dijangka bermula awal tahun 2017 bergantung kepada sumbangan dana atau kewangan dengan kelengkapan bilik VVIP, kelas belajar, dan beberapa ruangan rehat.

Tanah ini di wakafkan oleh Tuan Hj Haris Manhakim, Ketua Eksekutif Zaiharis Tech Sdn Bhd dan isterinya Hjh Zainuriah Abd Karim. Pemberian tanah wakaf untuk membina Pusat Darul Rahmah adalah bukti keikhlasan, kecintaan dan tanda yang jelas bertapa ilmu, iman dan amalan agama islam berpandukan Al-quran yang diterajui oleh Baginda Mohamad Rasullullah Sallahualaihiwasalam membawa tranformasi dalam hidup di dunia dan akhirat.

Darul Rahmah bakal berfungsi sebagai pusat utama pengajian ilmu dengan peranan berikut:

  • Menyedia pakai sebuah pusat atau institusi pengajian islam lengkap dengan kokurikulum dan tenaga pengajar berkelayakan dari dalam dan luar Negara.
  • Menganjur program motivasi dan kem tarbiyah untuk pelajar tahfiz, anak anak yatim dan golongan fakir miskin.
  • Mengajur dan menjalankan kelas2 al-quran dan hadith untuk peringkat kanak2 hinggalah ke peringkat dewasa.
  • Mengatur dan menyedia tempat untuk majlis khas seperti tahlil, tilawah serta tadarrus al-quran dan kenduri kendara bagi menjalin ukhwah bagi khariah setempat dan umum.
  • Membantu menjayakan perpaduan ummah menerusi konsep wasatiyah dan tausyiah (ceramah) khas oleh penceramah jemputan berpandukan manhaj ahlul sunnah waljamaah untuk masyarakat umum.

Misi dan Visi

  • Mendukung penuh misi dan visi kerajaan Negeri Selangor kearah pemimpin dan kerajaan berkebajikan bagi mengapai keharmonian rakyat Negeri Selangor dan Malaysia amnya.
  • Menyampaikan kefahaman sebenar kepada masyarakat umum bagi mengenal tujuan hidup yang hakiki mengikut cara ahlul sunnah waljamaah.
  • Menyatu padukan rakyat Negeri Selangor dan Malaysia serta ukhwah bagi membina dan mencapai kejayaan, kebahagian dan kemakmuran dunia dan akhirat.

Sekapur Sireh

haris-zaiAllahumma solli ‘alla Saidina Muhammad Wa’alla alihi wasobihi wasalam.

Atas rasa kecintaan pada jujungan Nabi Mulia Nabi Muhammad serta keikhlasan Baginda yang membawa perintah Allah سبحانه و تعالى (QS 47:19) telah membuka hati kami untuk membina sebuat pusat pendidikan islam bertujuan membantu umat mempelajari dan mendalami semua bidang ilmu agama islam.

Alhamdulillah dengan sebidang tanah yang tidak seberapa dan wang simpanan serta sokongan dari Organisasi Kerajaan dan lain-lain sebuah bangunan serba serbi kini dibina untuk tujuan tersebut. Bangunan dua (2) tingkat ini yang diberi nama “Darul Rahmah” inshaa Allah akan membolehkan unit dakwah Majlis Pertubuhan dan Peneraju Utama ia itu “MAJDMA” kami bergerak secara lebih teratur dan selesa. Ia akan menjadi sebagai pusat atau ‘centre’ operasi bagi Yayasan kami yang akan ditubuhkan diMalaysia dimasa akan datang.

Aktiviti mingguan dan harian serta kursus kursus asas tauhid dan syahadah bagi memperkukuh keimanan insan juga akan disusun rapi bagi manafa’at komuniti setempat khasnya dan serantau umumnya – untuk mempelajari atau mendalami bidang-bidang tersebut. Ia juga akan dijadikan tempat pertemuan antara para ulama serantau dan dunia amnya untuk bermuzakarah didalam subjek yang sama.

Disepanjang bulan Ramadhan Al-mubarakh setiap tahun pula sesi tadarrus pembelajaran Al-quran serta tadabur, tafakur dan ta’weel Al-quran kepada semua yang berhajat akan dikelolakan sendiri oleh mursyid atau tuan2 guru yang berkelayakan.

Semoga dengan adanya Darul Rahmah serta bimbingan dari para guru-guru ustaz dan ustazah berkelayakkan dari syarikat kami, sokongan berterusan dari jabatan-jabatan kerajaan Malaysia dan organisasi-organisasi lain, Yayasan ini nanti akan menjadi sebuah organisasi yang aktif untuk terus berdakwah keseluruh Malaysia dan dunia amnya inshaa Allah.

Program dan Aktiviti

Berikut adalah perancangan bagaimana infrasturktur dan kemudahan di Darul Rahmah akan dimaksimakan kegunaannya apabila telah siap kelak;

activiti-dr

activiti-dractiviti-dractiviti-dr

Signup for our Newsletter.