Ilmu Hakikat Yang Tiada Tolok Bandingnya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ االرَّحِيم

Assalamualaikum warahmatullah hitaa’ lahiwabarakatuh . Segala puji dan penuh kesyukuran yang tidak terhingga saya rafakkan kepada Allah Azawajalla yang sentiasa member nikmat kehidupan yang tidak terhingga hingga kehari ini . Kepada Guru Mulia kami Sheikh Dr. Ismail bin Kassim dan seluruh ahli keluarga yang tidak pernah jemu2 mencurahkan Ilmu Hakikat yang tiada nilainya di dunia dan akhirat.

Saya adalah seperti insan-insan lain sentiasa berusaha untuk berjaya dalam hidup dengan berusaha mencari segala ilmu baik dari segi teknikal dan tidak terkecuali ilmu ugama. Segulung ijazah tidak menjanjikan kebahagian tetapi lebih terdedah dengan cabaran dari musuh-musuh Allah Azawajalla yang di jangka dan tidak di jangka.

Saya telah mula mengenali ilmu Syahadah ini ini pada tahun 2013 dimana sebelum ini telah merantau bertahun-tahun mencari ilmu hakiki dengan satu niat untuk berjaya di dunia dan akhirat. Banyak guru2 fekah/syariat yang telah ditemui tetapi amat sedikit yang mengajar di dalam ilmu hakikat.

Bagaimanapun setelah dimaklumkan melalui ceramah-ceramah YM Sheikh dalam You Tube oleh sahabat terdekat , secara tiba2 jiwa saya merasa sesuatu yang amat luar dari biasa.

Fakta-fakta yang amat jelas dari Kitab Mulia Alquran yang di sokong dengan Hadith-hadith yang Sahih telah di sampaikan dengan begitu meyakinkan oleh YM Sheikh Dr. Ismail telah membuka matahati saya untuk mempelajari ilmu ini.

Bagaikan tidak boleh ditahan-tahan lagi air mata saya terus mengalir deras. Jiwa saya bergolak untuk menemui YM Sheikh yang dijangka hadir di Pulau Besar Melaka dalam tempoh terdekat. Setelah bersanad jiwa saya menjadi lebih yakin dan tenang dan seterusnya menyambung pembelajaran sehingga kehari ini dan seterusnya hingga akhir kalam. Surah Muhamad ayat 19 jelas menyatakan kita diwajibkan mencari ilmu hakikat ini daripada ahlinya dengan membuat pengorbanan dari segi masa, kewangan , kesungguhan tanpa sebarang keraguan kerana ia adalah ilmu imanyang Haq.

Keyakinan

Dalam tempoh 5 tahun mengikut ilmu Syahadah ini saya telah melaluinya dengan izinNya jua menerusi pelbagai majlis dan kem di dalam dan luar negeri dimana banyak suka duka telah ditempuhi. Bagaimanpun sehingga ke hari tulisan ini dikeluarkan keyakinan saya semakin tinggi tanpa berbelah bagi.

Bagi saya penemuan dengan YM Sheikh adalah satu anugerah Illahi yang tiada nilainya walaupun dibandingkan dengan segala kekayaan di dunia ini.

Bagi saya mempelajari ilmu hakikat melalui Ahlul Bayt Nabi yang dilantik merupakan satu anugerah dan kelebihan yang tiada tandingannya walaupun kita berjumpa dengan ahlul-ahlul bait di keliling kehidupan kita.

Sesungguhnya ajaran yang dibawa oleh YM Sheikh adalah Sunah Waljamaah peringkat tertinggi dimana ia melibatkan Ilmu Hakikat yang tiada tolok bandingnya. Dunia dah menuju kepada penghujungnya, semua tanda-tanda kecil kiamat telah sempurna di perlihatkan dan tanda-tanda dalam separa besar satu persatu sedang berlaku . Bila ditanya pada diri kita, adakah ilmu Syariat sahaja sudah memadai untuk menghadapi musuh-musuh Allah yang sebahagian besarnya berada di alam hakikat ?

Ilmu ini amat mudah dan YM Sheikh telah menerangkan dengan jelas satu persatu tanpa rasa curiga dan kami dinasihatkan untuk melakukan Solat sunat Hajat / Istiharah bagi menambah keyakinan di tahap ilmu ini tanpa sebarang keraguan. Hanya airmata keinsafan yang tidak dapat di kekangi lagi.

Mengenal Ilmu Ilah

Hanya dengan ilmu Syahadah ini saya dapat mempelajari mengenal ilmu ilah dimana ia menuju untuk mengenal Allah Subhanawata’ala. Dengan mendalami dan bersanad dengan YM Sheikh , qalbu kami diisi dengan ilmu ini saya dapat mentauhidkan Allah Azawajalla di peringkat tertinggi kerana sebelum ini kita meletakkan keesaan pada tahab biasa2 sahaja.

Selama ini ilmu Syahadah tidak diajar di peringkat sekolah dan universiti kerana ilmu ini hanya boleh di ajar oleh Baginda Rasullullah Salallahualaihiwasalam dan Ahlulbaitin Nabi yang dilantik setiap 100 tahun dan ini dinyatakan dengan jelas dalam hadith sahih.

Selama ini kita hanya disogokkan dengan ilmu fekah tanpa menekankan dengan ilmu hakikat . Tanpa mempelajari ilmu ini kita akan mengilahkan makhlok berbanding Allah Subhanawataa’la dimana menjuruskan kita kepada dosa paling besar (syirik). 

Penggunaan Nama Tuhan

Penggunaan nama tuhan kepada Allah Azawajalla amat tidak bersesuaian dan ia seolah-olah menghina keagungan pencipta. Ini adalah tipudaya iblis untuk menyesatkan manusia. Surah Al-a’la ayat pertama jelas menyatakan “ sabbihihismarobbikala’la (bertasbihlah mensuci nama Robbmu dari segala sifat kekurangan).

Tanya pada diri kita, adakah wajar utuk kita meneruskan kemungkaran ini? Tidak hairanlah jika doa-doa kita terhijab kerana kejahilan kita terhadap ilmu dan lebih malang lagi kita tidak mempunyai usaha untuk mencari ilmu tersebut.

Menyebarkan kerja Dakwah ( Daie)
Selain berubah dari menjadi orang muslim kepada orang mukmin, sebagai jemaah kita mempunyai kewajipan untuk menyampaikan ilmu ini kepada pihak lain terutama muslimin kerana ia adalah kewajipan yang benar.

Selain dari itu kita digalakan untuk mendoakan keseluruhan umat Nabi Muhamad agar diberikan hidayah dan kesejahteraan . Kemuncak dari menjadi orang beriman dan beramal soleh ini adalah takwa kerana ia merupakan kemanisan yang hakiki. Dalam surah Muhamad ayat 7 jelas menyatakan jika kita menolong Allah Azawajalla maka kita akan mendapatpertolonganya untuk menghadapi musuh-musuhnya selain akan diteguhkan kedudukan kita didunia dan akhirat.

Adab

Apa yang menarik dalam mempelajari ilmu Syahadah ini adalah penekanan dari adab . Selama ini saya tidak pernah di dedahkan dengan adab berilmu. Beradab membuat saya menjadi lebih yakin kerana merendahkan diri ilmu hakikat ini akan terus masuk di dalam qalbu kita membuat kita lebih ikhlas dan tenag tenang selain menitiskan airmata kesyukuran tanpa kita sedari. Sesungguhnya Baginda Rasullulah Sallallahua’laihiwasallam diutuskan untuk menyempurnakan adab dan bukan menekan dalam bab ilmu terlebih dahulu. Iblis laknatullah beribadat 700 ribu tahun, tetapi satu rakaat pun tidak di terima oleh Allah subhanawata’ala. Jika kita tidak beradab tetapi hanya mementingkan ilmu maka kita juga sama dengan iblis.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya saya ingin menyatakan bahawa ajaran ilmu Hakikat yang dibawa oleh YM Sheikh ini adalah menjuruskan kepada ilmu Haq yang sebenar. Allah subhanawata’ala adalah benar, Rasullullah Sallallahu’alaihiwasalam benar, Alquran adalah benar, Malaikat adalah benar dan Ahlulbait/ Aulia adalah benar. Fakta-fakta yang sangat jelas daripada kitab suci Alquran termasuk Hadith yang sahih yang di nyatakan telah menaikan keyakinan saya dari hari kehari selain menjadikan jiwa semakin tenang tanpa berbelah bagi. Melihat ilmu ini dengan matahati adalah cara terbaik untuk kita menilaikannya dengan cara terbaik. Ilmu syahadah ini adalah ilmu tertinggi untuk saya menghindari dari melakukan Syirik Kahfi( syirik tersembunyi ) dimana tanpa kita sedari melakukannya setiap hari dan saat.

Syirik merupakan dosa yang tidak diampuni oleh Allah Azawajalla seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam surah An-Nisa ayat 48 dan 116 ( bawalah dosa-dosa sebesar dunia akan ku ampunkan kecuali dosa-dosa syirik)

Kepada YM Sheikh dan seluruh ahli keluarga , saya ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi di dalam perkembangan ilmu haq ini hingga akhir nanti. Adalah satu penghormatan yang tertinggi jika saya dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin di dalam menyampaikan ilmu mulia ini.

Aamiin…

Jazakallahhukhairan khatira….

Roslee bin Abd Rashid
Usahawan Makanan Johor Bahru
( Mantan Jurutera & Pengurus Bangunan)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Signup for our Newsletter.