Mengalirkan Air Mata Apabila Dialunkan Maulid

Nama: Muhamaad Faqih Bin Setak
Asal:Perak
Umur:25
Program yang disertai: Magnet Syahadah 2015 (IPG Cheras)

Assalammualaikum, salam dan salawat ke atas junjungan besar nabi suci, nabi mulia, NABI MUHAMMAD Sallallahualaihiwassalam dan ahli keluarga baginda. Buat pertama kalinya saya menghadiri program berkaitan Syahadah ini pada hujung tahun 2015 di mana saya telah menghadiri program Magnet Syahadah yang telah diadakan di IPG Cheras pada tahun 2015.

Setibanya saya pada pagi hari pertama program tersebut telah mengalirkan air mata saya yang daif ini apabila dialunkan Maulid Nabi. Perasaan ketika itu sukar untuk digambarkan,terasa aura yang luar biasa. Permulaan program sahaja sudah membuat hati saya yang daif ini menjadi lembut dan semangat untuk mendengar lebih lanjut tentang rukun islam pertama.

Apa sahaja yang telah dikemukan oleh para panel adalah mengenai Syahadah dan apa itu rukun islam pertama. Anak2 yatim juga ramai yang hadir ketika program tersebut.

Jelaslah rukun islam pertama memang wajib dipelajari dan disebarkan untuk menanam benih iman di dalam diri seseorang. Inilah jalan yang dilalui Nabi Mulia kita dan para sahabat yang diredhoi. 

Berkenaan dengan isu fitnah terhadap individu yang bernama Sheikh Dr. Ismail Kassim, yang merupakan Guru Mursyid yang mengajar ilmu Syahadah ini, sebaiknya pihak yang fitnah tampil kehadapan bagi menyelesaikan masalah dengan kadar segera dengan cara yang terbaik iaitu bertabayyun dengan Yang Mulia Sheikh Dr. Ismail Kassim supaya tidak mengelirukan umat di zaman ini.

Setahu saya, fokus utama Yang Mulia tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyampaikan Ilmu dan amalan Syahadah ini ke seluruh pelusuk dunia. Pada hujung tahun ini juga akan diadakan satu forum berkaitan Syahadah di New Delhi, India yang mana pada tahun sebelumnya telah diadakan di Kuala Lumpur pada 7/7/2017 yang lepas di mana ulama seluruh dunia telah hadir bagi menbincangkan tentang kepentingan Shahadah ini.

Akhir kata dari saya, sesiapa sahaja yang membaca testimoni ini mencari jalan untuk mempelajari ilmu yang haq,ilmu yang maha agung ini. Buatlah solat istikarah dengan seikhlasnya untuk mendapat petunjuk serta keyakinan untuk berada dalam jalan ini.

Assalammualaikum

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Signup for our Newsletter.