Sekadar “Bersanad” Kepada Kitab-Kitab Ulama Terdahulu – Dr. Yahya Muhamad Testimony

TESTIMONI ILMU SYAHADAH 2018: Dr. Yahya Muhamad

Di sekitar 15 tahun dahulu, sebelum mempelajari Ilmu Kalimah Laa Ilaha IllAllah berlandaskan printah Allahﷻ “Fa’lam annahu Laa Ilaha IllAllah” (al-Quran, 47:19), yang terkandung di dalamnya ilmu syahadah, saya sendiri belum memahami bahawa “syahadah” merangkumi ilmu dan amalan penyaksian. Selama 50 tahun memperlajari Ilmu Islam dengan ratusan para ulama dan ustaz dan menerusi pembacaan kitab-kitab agama Islam, saya tidak pernah terdedah denga Ilmu Kalimah Laa ilaha illAllah secasa terperinci dan jelas. Ini dapat difahamai bahawa ilmu ini wujud dan wajib dipelajari tetepi para ulama syariah dan kitab-kitab bukan saluran mempelajari ilmu ini.

Namun setelah mempelajari ilmu ini, maka jelaslah bahawa ilmu Kalimah Laa ilaha illAllah akan memberi fahaman sebenar mengenai maksud “Syahadah” yang akan membawa pula kepada amalan yang menjadi kunci kepada penerimaan dan dasar (pre-requisite) amalan-amalan fardhu yang lain.

Dalilnya terkandung dalam sebuah hadith Sahih Bukahari (No. 6724) yang panjang. Maksud daripada hadith ini diringkaskan seperti berikut:

Riwayat daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa satu utusan dari kaum Abdul Qais tatkala mendatangi Rasulullah ﷺ, lalu Baginda ﷺ memerintahkan mereka beriman kepada Allah. Beliau (Rasulullah ﷺ) bertanya: “Tahukah kalian iman kepada Allah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu!” Beliau (Rasulullah ﷺ) menjawab: “Yaitu PERSAKSIAN bahwa tidak ada Ilah selain Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan bahwasanya Muhammad ﷺ adalah utusan Allah, [kemudian dari itu hendaklah] mendirikan shalat, membayar zakat – dan aku taksir dalam perintahnya ada puasa bulan Ramadhan – dan kalian bayarkan seperlima bagian ghanimah.”

Sebelum mempelajari Ilmu Kalimah Laa Ilaha IllAllah di bawah seorang guru Ariefbillah dan Ahli Kalimah Laa Ilaha IllAllah (guru murshid) yang bersanad, yang rantaian penyampaian ilmu ini semestinya sampai kepada (bersumber daripada) Rasulullah ﷺ, saya dan semua ahli dalam keluarga saya tidak memahami bahawa maksud dan amalan syahadah mestilah menepati kehendak Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ dan yang turut menepati mesej agung dan risalah yang utama yang dibawa oleh kesemua para nabi (seperti maksud Al-Quran, Surah Anbiya:25).

Walaupun saya, sebelum mempelajari Ilmu Syahadah, sudah mencapai umur lebih setengah abad dan telah terdedah dengan ilmu Islam yang banyak dari para alim dan daripada pembacaan kita-kitab Islam, termasuk kitab-kitab tafsir al-Quran, kefahaman tentang syahadah masih diperingkat ungkapan. Demikian juga umat Islam pada hari ini rata-ratanya tidak dapat mebezakan antara ucapan kalimah syahadah dengan Syahadah sebenar iaitu Penyaksian. Oleh yang demikian, mereka telah tidak menepati syarat sebenar rukun syahadah. Dari segi istilahnya “syahadah” dalam Bahasa Arab bermaksud penyaksian. Justeru itu umat Islam pada umumnya termasuk dalam golongan yang tidak menyaksi, tetapi hanya mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Mereka, umat Islam secara umunya, tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya tetapi para ulamalah yang bertanggung jawab untuk menyedarkan umat kepada prinsip akidah yang amat penting ini. Namum kebanyakkan para ulama di seluruh dunia ternyata tidak menyampaikan kesedaran ilmu ini dengan sebaiknya atau mereka “terlena” daripada tanggangung jawab mereka yang utama bagi meyampaikan risalat yang amat penting ini bagi menyelamatkan aqidah umat Islam.
Kenapakah ilmu dan amalan syahadah telah menjadi asing dari umat Islam secara leluasa, termasuk di kalangan masyarakat Arab di negara-negara Islam yang secara tradisional kuat pegangan mereka kepada ugama Islam? Kami dapati bahawa keseluruhan sistem pendidikan Islam di dunia sama ada di Al-Azhar dan universiti-universiti pengajian Islam, madrasah-madrasah serta para alim kitab di seluruh dunia telah tidak lagi menyampaikan ilmu Kalimah Laa Ilaha IllAllah (LIIL) dan ilmu syahadah sebagaimana diperintahkan oleh Allah ﷻ dan diajarkan oleh Rasulullah ﷺ. Kitab-kitab lama (kitab kuning tulisan jawi yang sedikit sebanyak ada menyentuh bab Syahadah) yang dikarang oleh ulama dahulu bukan sahaja tidak diajar lagi secara leluasa tetapi tidak diberbaharui dalam bentuk penyampaian yang moden dan sesuai di zaman ini. 

Sebab utama kedua ilmu ini tidak diajar ialah kerana ulama tidak sanggup menghadapi penentangan dan fitnah, kesulitan berjihad pergorbanan yang tinggi bagi menyampaikan mesej dan ilmu sebenar dalam “Fa’lam Laa ilaha illAllah” sepertimana dihadapai oleh sakalian 124,00 para anbiya dan para awlyia dan dai’e Allah yang ikhlas.

Sebenarnya para ahli kitab dari kalangan orang Islam sendiri merupakan golongan penentang para dai’e yang menyampaikan Ilmu Syahadah ini secara terbuka. Penentangan mereka dilakukan secara zahir dan secara sembunyi (menerusi penyebaran fitnah dan menghukum dengan perwartaan fatwa yang palsu).

Gambaran penentangan ini telahpun dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah As-Saffat, ayat-ayat 22-35, khususnya Ayat 35 yang bermaksud:

“Sesunggunya adalah mereka apabila dikatakan kepa mereka Laa ilaha illAllah mereka menyombongkan diri.”

Namun bertepatan dengan misi besar bagi mengembalikan kesedaran ummah dalam dakwah Ilmu Laa ilaha illAllah ini, sebuah organisasai antarabangsa telah ditubuhkan di atas nama World Syahadah Council (WSC) bagi tujuan memangil semua ulama di seluruh dunia bagi memperingatkan mereka, dan meminta kerjasama mereka menyokong seruan dakwah bagi memanggil dan mengembalikan umat Islam kepada aqidah dan tauhid yang tulin berdasarkan seruan Allah ﷻ dalam Al-Quran, Surah Muhammad, 47:19.

Ini menunjukan bahawa sebenarnya hanya guru yang bertaraf murshid dan yang ariefbillah dan alimbillah sahaja yang berkemampuan menyampaikan ilmu Kalimah LIIL dan ilmu syahadah. Ini juga menunjukkan bahawa para ustaz dan ulama tidak lagi menuntut ilmu secara bersanad sebagaimana tradisinya di zaman kegemilangan Islam, tetapi sekadar “bersanad” kepada kitab-kitab ulama terdahulu dan kitab-kitab karangan ulama kotemporari di abad ini. Oleh yang demikian, didapati ilmu Kalimah Laa ilaha illAllah dan Ilmu Syahadah tidak lagi dibicarakan secara mendalam dan secara amali, bahkan dipertikai oleh sesetengan ulama bahawa ilmu syahadah tidak wujud sepertimana yang dibawa oleh para masyaikh dari talian tarekat-tarekat yang muktabar. Benarlah firman Allah ﷻ dalam al-Quran, 18:17:

“Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh “waliyan murshida” yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.”

Menuntut ilmu syariah, termasuk ilmu fiqah dan ilmu fardu ain dan ilmu Islam umumnya, adalah fardu yang wajib ke atas semua umat Islam yang mukallaf (yang mencapai umur akil baligh dan yang sudah sampai seruan ugama). Namum ilmu syariah yang mencukupi tidak membawa seseorang Islam sampai kepada iman yang sempurna kepada Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ. Iman dan tauhid yang sempurna hanya boleh didapati dengan menuntut ilmu yang diperintah oleh Allah: “Fa’lam annahu Laa Ilaha IllAllah” (Al-Quran, Surah Muhammad:19). Dan saluran yang benar untuk menuntut ilmu ini adalah melalui guru murshid, yang juga seorang da’ie dan penyaksi, yang bersanad secara sah kepada, dan sebaik-baiknya dari keturunan Ahli Bait Rasulullah ﷺ. Ini menepati perintah Allah seperti Firman-Nya dalam al-Quran, Surah al-Maedah, ayat 35:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan (selepas itu) carilah wasilah yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.”

Wasilah dalam ayat ini bermaksud jalan atau perantaraan atau hubungan yang dapat mendekatkan diri untuk sampai hasrat seseorang mencari dan mengenal Allah. Rasulullah ﷺ ialah wasilah, murshid dan penyaksi yang utama (Al-Quran, Surah al-Fath, 48:8) untuk semua umat Islam sementara guru murshid dan da’ie semasa hidup kita di dunia pada hari ini ialah wasilah, murshid dan penyaksi kita yang telah ditetapkan o

leh Allah sejak di alamul roh lagi (Al-Quran Surah An-Nahl:84). Adalah amat penting untuk semua orang Islam mencari dan menuntut dengan guru murshid yang telah ditetapkan kepadanya sejak dari alamu roh lagi. Dan guru murshid yang benar ialah seorang da’ie yang bertaraf pewaris nabi-nabi, dari kalangan Ahlul’Bait, dan yang menyampaikan Ilmu Kalimah Laa Ilaha IllAllah dan Ilmu Syahadah. Dalam kitab karangan ajaran Syeikh Abdul Qadir Al Jailani q.s.a. beliua ada berkata:

“Kalimat tauhid (Laa ilaha illa Allah) akan sulit hadir pada seorang individu yang belum ditalqin dengan zikir bersilsilah dan berwasilah kepada Rasullullah oleh mursyidnya saat menghadapi sakaratul maut”. Dalam bahasa mudah, carilah guru pembimbing kerohanian atau juga dipanggil guru mursyid yang akan menjadi saksi kepada kita di hadapan Allah di akhirat kelak. Ia hendaklah bersanad kepada Rasulullah ﷺ.

Setelah menuntut secara talaki dengan guru murshid alimbillah yang bersanad tentang ilmu Kalimah Laa Ilaha IllAllah serta ilmu dan amalan syahadah, barulah kami yang telah berusaha betalaki dan beristiqamah untuk menuntut ilmu ini mula memahami dan beramal dengan amalan syahadah yang menepati kehendak Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ dan para masyaekheen yang muktabar sejak zaman berzaman menerusi sanad yang bersilsilah dan termaktub dalam sejarah penyapaian ilmu menerusi awlyia Allah yang bertorikat yang muktabar.

Dengan mempelajari ilmu-ilmu ini, akan terbukti ia memberi kesan hebat dalam hidup kita ke atas peningkatan iman. Kita akan dapat merasai kemasisan iman, mengenal dan membersih diri beransur-ansur dari syirik yang jelas dan tersembunyi. Para penuntut akan dapat merasai ketenangan yang berkekalan walaupun hidup ini penuh cabaran. Natijah dari semua ini ialah pencapaian kebahagian seperti difirman oleh Allah ﷻ dalam al-Quran, Surah al-Kahfi, 18:17.

Jika kita tidak melalui jalan ini, maka sudah pasti syahadah dan amalan rukun Islam Pertama hanya amalan dibibir dan lafaz di mulut sahaja. Inilah phenomena satu fitnah dan kesilapan besar yang jatuh ke atas umat dan para ulama, dan segala permasalahan mereka, di akhiri zaman ini. Kita pelu berusaha menyokong para dai’e yang menyampaikan dan berdoa memohon kepada Allah ﷻ menyelamatkan umat Nabi Mulia Muhammad ﷺ dengan Kalimah Agung-Nya Laa-ilaha-illAllah.

1 Comment on Sekadar “Bersanad” Kepada Kitab-Kitab Ulama Terdahulu – Dr. Yahya Muhamad Testimony

  1. Kelihatannya amat bagus sekali ilmu ini … ana terasa jahil sangat .. di mana ye boleh saya mengetahuinya … ada pos-pos lain yang boleh saya baca dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*