40 Hari Saya Solat Hajat – Rusyairie b Rohani

Sebelum saya mengenali YM Sheikh Dr Ismail bin Kassim, saya tidk pernah dengar akan wujudnya ilmu syahadah. Saya tidak sedar yang saya tidak mempraktikkan rukun Islam yang pertama walau sudah 33 tahun hidup sebagai seorang Islam.

Saya juga tidak sedar yang saya selama ini sangat banyak mensyirikkan Allah secara batin. Saya juga tidak sedar bahawa nafsu amarah, lawamah dan mulhimah adalah musuh yang utama yang wajib diperangi. Kesemua ini berlaku kerana jahilnya saya akan perintah Allah dalam surah Muhammad, ayat 19.

Mula2 mengenali YM Sheikh, perasaan ragu2 itu wujud. Namun saya memberi peluang kepada diri ini untuk dengar dahulu apa yang ingin disampaikan oleh YM Sheikh.

40 hari saya solat hajat untuk Allah tunjukkan saya jalan yang lurus. Ternyata semua penjelasan dari beliau dipetik dari AlQuran dan Hadis.

Keseluruhan ceramah yg dismapaikan memfokuskn kepada usaha untuk memastikan msyarkat sedar bahawa rukun islam yang pertama bukan melafazkan tetapi menyaksi.

Akhirnya apabila ilmu penyaksian ini diamalkan dalam kehidupan seharian, saya semakin hari semakin sedar betapa kerdilnya saya dihadapan Allah azzawajala.

Dalam diri ini tiada apa yang harus dibangga dan dibongkakkan. Kesemuanya adlah milik mutlak Allah. Hidup dalam penyaksian membuatkn saya tenang dengan apa sahaja yg berlaku.

Penyaksian mengingatkan kita kepada Ilah Allah. Benarlah firmanNya yg bermaksud.. “dengan berzikir (mengingati), hati akan tenang”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*