Sheikh Dr Ismail Kassim – TAK KENAL MAKA TAK CINTA

ajaran sesat malaysia, ismail kassim, zikir nafas

Dengan asma Allah ArRahman ArRahimnya,saya mulakan bicara.

Setelah menyertai kem ilmu Syahadah Laillahaillallah.

Ilmu syahadah Lailahaillallah merupakan ilmu santapan rohani yg yg tidak boleh didapati dimana mana seperti goreng pisang panas,kecuali dari yg ahliNya sahaja.

Mendekati,memperlajari,merasai duduk dlm majlis Lailahaillallah dapat membuka minda ,qalbu dan rohani.

 

Inilah guru ku, Dr Syeikh Ismail Kassim.Dengan rahmat,taufid dan hidayah  dari Allah Subhanawataallah saya sekeluarga dapat merasai pengertian iman yg sebenar2nya.

Ini kita perlu cari dalam hidup ini.Lailahaillallah bukan sekadar lafaz atau ucapan.Ianya ada maksud tersendiri yg perlu dicari dan dipelajari agar akhir kalam kita dapat mengucapkan syahadah  Lailahaillallah.

Ilmu Haq yg menjadi pewaris dari Allah Subhanawataallah dan nabi mulia Muhammadurasullullah salallahhuaalaiwasalam  adalah ilmu yg wajib dituntut.(47:19).

Setiap kali bila guru mengajar,saya tak pernah melihat beliau membuka buku atau kitab,yg terbuka adalah qalbu2 kami jemaah2nya,ilmu terus dari kalam Allah.Allah Hu Allah,Allah Hu Haq.

 

Marilah sahabat2,banyak terbukti sudah kemanisan ilmu Lailahaillallah ini yg dapat saya dan keluarga rasakan bersama sahabat2 saya sejemaah didlm dan diluar negara.

Apabila kita sudah kenal ilmu syahadah ini,baru kita tahu segala dosa2 syirik dapat digugurkan dgn ilmuNya.

 

Kata perpatah tak kenal maka tak cinta.Apabila sudah jatuh cinta,rindu dan terus merindui dan menagih cinta dan menyerah cinta kpd Allah dan Muhammadurasullullah salallahhualaiwasalam sahaja.

Belajar mengenal Illah sebelum mengenal Allah.Macamaa utk kita kenal Allah sedangkan illah  kita belum kenal.

 

Semuga saya terus istiqamah dalam menuntut ilmu Haq ini.Amin

 

Latifah Omar

55 tahun

Johor Baharu

Johor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*