Pengalaman WSC adalah pengalaman PALING BERNILAI dalam seumur hidup ini…

YA ILAHI YA ALLAH, BERSIHKAN PANDANGAN MATA INI…

Tiada kata syukur yang boleh dilafazkan, kerana sesungguhnya setiap hamba ini hakikatnya tidak pernah tahu untuk mensyukuri nikmatMu yang Maha Luas..

JERIHKU MENCARI CINTAMU…

WORLD SYAHADAH COUNCIL (WSC) : INTERNATIONAL SYAHADAH CONFERENCE @ KL  7.7.17

Assalammualaikum warahmatullahi Wabarakatuh buat pembaca yang budiman dan dirahmati Allah..
Pernahkah  ada soalan tercetus di dalam diri..
“Ya Allah, apa lagi yang perlu hamba penuhi sebagai menjadi yang terbaik di sisiMu, Diredhoi oleh Mu??”
Ya, apabila saya merenung kembali, sentiasa ada bisikan itu yang mencuit perasaan dan secara tidak langsung mencetuskan pelbagai reaksi-reaksi yang seolah-olah menurut persoalan itu. Samada reaksi atau tindakan itu saya sedar atau tidak sedar, sebenarnya Allah sedang menunjukkan jalan menuju kepadaNYA..
Pernah saya sedih memikirkan tentang jaminan dan ancaman Allah kepada hambaNya. Terkadang tidak boleh saya yakini sebagai hamba yang penuh dengan noda dan dosa ini, apakah boleh menjadi insan sebaik insan pilihan, kekasih Allah: RASULALLAH ﷺ.
Sungguh!! Tidak mungkin..Jauh panggang dari api!!
Namun dalam masa yang sama, hati ini ingin sangat mendekati baginda ﷺ
Air mata hamba terus menitis….
Sendu dalam terkadang berbunyi, terkadang hanya ditahan.
Malu!! Hamba terus menyeka agar air mata itu agar tidak jatuh..
Biarkan ianya tertahan, kerana sedar betapa hinanya diri  dari mencontohi baginda ﷺ
Akhirnya TANPA  SEDAR, dan KINI BARU SEDAR,
Segala jawapan terkandung di dalam kalimah cintaMu
KALIMAH SYAHADAH
LA ILAHA ILLA ALLAH
MUHAMMADUR RASULALLAH ﷺ

VIDEO PROMO WSC!!

Kisahnya bermula begini,
Saya mula terpanggil untuk mempelajari ilmu kalimah LAILAHAILLALLAH
Apabila terpandang satu Poster di salah satu di Facebook :
Itupun di dalam ‘comment box’. Poster itu berbunyi lebih kurang maksudnya;
” Bagaimana kita ingin mencintai Allah namun tidak mencintai KalimahNYA”
Tak Kenal Maka Tak Cinta!!
AYAT ini betul-betul memukul sedalam nurani saya..
Sah!! Saya belum mengenal ilmu kalimah LAILAHAILLALLAH..
Setelah hampir 35 tahun berkelana di dunia ini, tidak pernah hati saya terpukul sedemikian rupa. Dan malam itu, saban hari, saban waktu, saban tahun, saya terus mencari dan mencari sehinggalah…………………..

…HARI YANG DINANTI…

Syukur Ya Allah, tanggal 7.7.17 menjelang jua. Namun, Hari yang dinanti untuk menyelami pengalaman dalam menyertai konferens itu bukanlah mudah seperti yang dijangka. Sebenarnya, saya antara peserta yang terawal mendaftar nama semasa pre-WSC  di buka pendaftarannya pada bulan Mac 2017. Hati saya berkobar-kobar kerana saya tahu, Allah akan temukan saya dengan sesuatu yang sangat bernilai dalam seluruh kehidupan ini.
Saya ditakdirkan mempunyai tugasan lain dan tidak dapat menyertai secara rasmi sepanjang dua hari Konferens yang diadakan di PGRM Cheras.Konferens itu telah mengumpulkan ramai para fuqaha’, alim ulama’, para cendekiawan dan para pemimpin utama beberapa negara lain. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya perasaan ini. Saya tahu pasti ada hikmahnya!!
Allah Maha Penyanyang dan Maha Memahami…
Dihadirkan saya juga ke dalam majlis penuh berkat itu, di saat akhir penutupannya.
Saya tiba hampir pukul 6.30 petang pada saat itu.
Masih segar dalam ingatan saya selawat kepada baginda ﷺ yang dikumandangkan beramai-ramai oleh hampir 1500 orang hadirin.
Air mata saya jatuh juga sambil mengalunkannya..
Perasaan bercampur…
Saya dapat merasakan betapa bertuahnya hadirin yang dapat menyaksi dengan sebenar-benar penyaksian, keseluruhan konferens itu dan dapat mengambil dan menggali mutiara-mutiara ilmu Syahadah.
Alhamdulillah, walaupun hanya seketika…
Allah titipkan rasa syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang melalui video-video ringkas dari beberapa ulama-ulama yang telah berucap..
Saya Akhiri cetusan kali ini dengan berkongsi video kejayaan ISC 2017 yang telah diadakan di KUALA LUMPUR. Saya sentiasa menyokong Program yang amat baik untuk disertai oleh seluruh umat Nabi Muhammad ﷺ. Disinilah anda pasti mengenal apa hakikat cinta Allah dan RAsulAllah ﷺ yang sebenar-benarnya!!
Allahu ALLAH..Bagaimana ingin saya terangkan lagi..Hadirlah wahai qalbu-qalbu yang kering, sedarlah wahai qalbu-qalbu yang merindukan saat pertemuan dengan Robb MU..

Program yang WAJIB dihadiri SEKALI dalam SEUMUR HIDUP ANDA!!

Next : ISC @ New Delhi 12.12.18
Insha Allah…
Bismillahi Tawakkaltu AlaAllah…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Signup for our Newsletter.