Menjawap Fitnah Terhadap NGO PERAHMAT dan YM Sheikh Dr. Ismail Haji Kassim

Header-Muhammad 47-19

Assalamualaikum kepada semua ahli PERAHMAT dan pembaca yang dirahmati Allah,

Hari ini Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) mengambil langkah memuat naik surat daripada Setiausaha Jawatan Kuasa Majlis Fatwa, Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang yang telah menfatwakan bahawa amalan Zikir Nafas and amalan Syahadah adalah menyeleweng dan terkeluar daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jawapan daripada Setiusaha Jawatan Kuasa Majlis Fatwa, Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang mengandungi fakta-fakta yang sama yang dikeluarkan oleh Jawatan Kuasa Fatwa, Negeri Sembilan yang tersiar di dalam lawan web rasmi Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Fakta ini semuanya bersasakan kepada keputusan Muzakarah Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan No. 109, October 2016. Sila klik pautan dibawah untuk membaca kandungan surat tersebut.

  1. Surat Jawapan Jawatan Kuasa Majlis Fatwa, Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang.

Sehubungan dari surat Jawatan Kuasa Majlis Fatwa, Jabatan Mufti negeri Pulau Pinang tersebut, PERAHMAT telah mengeluarkan jawapan rasmi yang mewakili YM Sheikh Dr. Ismail Haji Kassim selaku mursyid kepada ratusan ribu pengikut serta jemaah di 40 buah negara yang terkandung di dalam Kenyataan Rasmi serta Memorandum Rasmi yang  boleh di akses di pautan dibawah;

2. Kenyataan rasmi dari PERAHMAT.

3. Memorandun rasmi yang PERTAMA dari PERAHMAT

PERAHMAT akan memuat naik berita penuh bagi mejawap segala persoalan fatwa yang dikeluarkan itu. Oleh itu teruskan menanti jawapan kami di laman web ini.

Sekiranya timbul apa-apa persoalan atau keraguan sila hubungi PERAHMAT melalui pautan “Contact Us” dan kami akan mencuba sedaya upaya untuk membalas pertanyaan saudara/ saudari dengan kadar segera.

Sekian terima kasih.

Signup for our Newsletter.